Shahrbanu …?>
- Name
- Shahrbanu //
- Type of name
- birth name
- Given names
- Shahrbanu
- Nickname
- Shahrbanu
- Name
- Husain /Bin Ali/
- Type of name
- married name
- Given names
- Husain
- Surname
- Bin Ali
|
Birth of a son
|
|
|---|---|
|
Birth of a grandson
|
|
|
Death of a husband
|
|
|
Death of a son
|
Cause: Diracun |
| partner | |
|---|---|
| herself | |
| son |
|
Note
|
SHAHR BANU: PUTERI TERAKHIR PARSI Pada zaman Nabi Muhammad saw, baginda mengirim utusan-utusan ke berbagai pemerintah besar dunia untuk menyampaikan seruan Islam. Di antaranya ialah Khosrow Parviz, raja Parsi. Namun Khosrow Parviz menghina utusan Nabi Muhammad saw dan mengoyak surat yang dibawa. Setelah menerima berita ini, Nabi Muhammad bersabda, "Kelak negerinya akan terkoyak-koyak sebagaimana dia telah mengoyak surat itu." Pertempuran pertama antara pasukan Muslim dan Empayar Parsi Sasanid terjadi semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar ra di Mesopotamia (sekarang Iraq). Khalid bin Walid diutus memimpin 18,000 tentera dalam Perang Islam-Parsi. Perang ini bermula dengan kiriman surat Khalid kepada Hormuz, Garbenor Parsi di Mesopotamia. Isi kandungan suratnya sangat terkenal, "Masuklah ke dalam Islam dan kalian akan selamat. Atau bayarlah jizyah dan kamu serta rakyatmu akan kami lindungi. Jika tidak, kamu akan menjadi bersalah atas akibatnya, kerana saya akan datang kepada kalian bersama dengan orang-orang yang mencintai kematian sebagaimana kalian mencintai kehidupan." Peperangan tidak dapat dielakkan kerana Parsi tidak mahu ditakluk begitu saja. Empat perang pertama dimenangi oleh pasukan Islam iaitu Perang Berantai, Perang Sungai, Perang Walaja dan Perang Ullais (dikenali sebagai Perang Sungai Darah). Khalid benar-benar memanfaatkan kelemahan pasukan Parsi yang sangat lambat kerana senjata dan baju perang mereka terlalu berat. Dalam Perang Berantai, beliau 'kerjakan' pasukan Hormuz dengan membuatkan mereka berulang-alik antara Kota Uballa dan Kota Kazima beberapa kali. Akibatnya, pasukan Parsi kepenatan dan Khalid pun memenangi pertempuran pertamanya melawan Hormuz. Sebulan kemudian, Hirah iaitu ibu kota Mesopotamia berjaya ditakluk dan dalam beberapa bulan berikutnya, seluruh Mesopotamia dikuasai oleh tentera Islam. PUTERI TERAKHIR PARSI Semasa pemerintahan khalifah kedua, Umar bin Khattab ra, kaum muslimin berjaya menakluk negeri Parsi. Atas kemenangan ini, tentera Islam bawa bersama tawanan-tawanan perang ke Madinah, termasuk di antara mereka adalah puteri-puteri raja Parsi. Tatkala kaum muslimin berkumpul di masjid, Khalifah Umar ra ingin menjual puteri raja tersebut. Namun Ali bin Abi Thalib ra memberi isyarat agar Khalifah Umar ra tidak melakukan perkara itu, mengingatkan bahawa puteri-puteri raja tidak boleh diperjualbelikan, sekalipun mereka itu kafir menurut Islam. Lalu beliau mengatakan, “Biarkan dia memilih seorang lelaki untuk menjadi suaminya. Dan siapa saja yang dipilih, maka dia berhak menikah dengannya.” Setelah dibawa ke Madinah, Ali memberi kebebasan pada wanita-wanita ini untuk memilih siapa saja yang mereka ingin nikahi dari kaum Muslim. Dalam keterangan para sahabat, Puteri Shahr Banu telah memilih Husain putera Ali bin Abi Thalib dalam ikatan pernikahan dan salah satu adiknya memilih Muhammad bin Abu Bakar. Ali kemudian berpesan kepada Husain, "Perlakukan wanita ini dengan ramah, kerana dia akan melahirkan yang terbaik dari penduduk bumi setelah kamu. Dia adalah ibu dari para wali keturunan suci." Dari rahim wanita bangsawan inilah putera pertama Husain yang bernama Ali Zain al-Abidin itu lahir. Pernah si ayah memanggilnya dengan nama "Ibn Khairatain" (anak dari dua kebaikan), kerana dalam nadinya mengalir darah dua bangsawan iaitu Arab Quraisy Bani Hasyim dan Ajam Parsi. Dalam catatan sejarah, wanita ini dengan gagah berani mendampingi suaminya iaitu Husain bin Ali dalam pertempuran di Karbala. Setelah Husain gugur, beliau melindungi Ali Zain al-Abidin yang waktu itu masih kecil meskipun harus melawan tentera-tentera musuh. |
|---|---|
|
Media object
|
Shahrbanu.jpeg |
|---|---|
